Logam Alkali Bertindak Dengan Gas Oksigen
- Logam kumpulan satu bertindak dengan gas oksigen membentuk logam oksida. Logam oksida yang terbentuk itu boleh terlarut di dalam air membentuk larutan beralkali.
Logam kumpulan 1 + Gas oksigen → Logam oksida
- Litium, natrium dan kalium membentuk serbuk berwarna putih selepas bertindak dengan gas oksigen.
- Serbuk putih itu merupakan oksida bagi litium, natrium dan kalium.
- Apabila serbuk putih ini terlarut di dalam air, ia menghasilkan satu larutan yang boleh mengubah warna kertas litmus merak kepada biru. Ini bermakna, larutan yang dihasilkan itu ialah satu alkali kuat.
- Dalam tindak balas antara logam kumpulan satu dengan oksigen, kita dapati bahawa kereaktifan unsur-unsur kumpulan satu bertambah apabila menuruni kumpulan.
Contoh
Litium + Gas Oksigen
4Li + O2→ 2Li2O
Terlarut di dalam air
Li2O + H2O → 2LiOH
Pemerhatian
Litium terbakar secara perlahan lahan dengan nyala merah.
Natrium + Gas Oksigen
4Na + O2→ 2Na2O
Terlarut di dalam air
Na2O + H2O → 2NaOH
Pemerhatian
Natrium terbakar dengan nyala kuning yang terang dan cepat
Kalium + Gas Oksigen
4K + O2→ 2K2O
Terlarut di dalam air
K2O + H2O → 2KOH
Pemerhatian
Kalium terbakar dengan nyala ungu kemerahan yang amat terang dan amat cepat.i
Video-video
Tindak dalas di antara natrium dengan oksigen, menggunakan air sebagai “starter”.
Tindak dalas di antara litium dengan oksigen di dalam udara.
Tindak dalas di antara natrium dengan oksigen di dalam udara.
Demontrasi tindak dalas di antara litium, natrium atau kalium dengan oksigen serta penerangannya.