Nombor Pengoksidaan

Keadaan Pengoksidaan/Nombor Pengoksidaan

  1. Nombor pengoksidaan menunjukkan jumlah elektron yang telah dikeluarkan dari suatu elemen (keadaan pengoksidaan positif) atau ditambah kepada suatu unsur (keadaan pengoksidaan negatif) untuk mencapai keadaan sekarang.
  2. Nombor pengoksidaan satu unsur dalam sebatian ialah cas atom unsur itu dengan menganggap unsur itu wujud sebagai ion.
  3. Nombor pengoksidaan juga dikenali keadaan pengoksidaan.
  4. Nombor pengoksidaan adalah satu angka dengan tanda `+’ atau (-) ditulis pada depan.
  5. Unsur-unsur logam biasanya mempunyai nombor pengoksidaan positif.
  6. Unsur-unsur bukan logam biasanya mernpunyai nombor pengoksidaan
    negatif.

Nombor Pengoksidaan Beberapa Unsur

  1. Nombor pengoksidaan atom suatu unsur adalah sifar.
    Contoh
    Unsur
    Nombor Pengoksidaan
    Mg
    0
    H2
    0
    Br2
    0
  2. Bagi ion dengan atom tunggal, nombor pengoksidaan adalah sama dengan cas dibawanya.
    Contoh
    IonNombor Pengoksidaan
    Cu2+ +2
    Br -1
    O2- -2
    Al3+ +3
  3. Sesetengah unsur sentiasa mempunyai keadaan pengoksidaan yang sama di dalam sebatiannya:

    Contoh 1:
    Nombor pengoksidaan oksigen dalam semua sebatiannya ialah -2 kecuali peroksida ( -1).
    SebatianNombor Pengoksidaan Oksigen
    H2O-2
    H2SO4-2
    ZnO-2
    KClO3-2
    H2O2-1

    Contoh 2: Nombor pengoksidaan hidrogen dalam semua sebatiannya ialah +1 kecuali hidrida ( -1).

    SebatianNombor Pengoksidaan
    NH3+1
    HCl +1
    NaOH +1
    MgH2 -1
    NaH -1
  4. Jumlah nombor pengoksidaan semua atom atau molekul dalam suatu sebatian neutral adalah sifar. Contoh:
    IonJumlah Nombor Pengoksidaan
    H2O 0
    CO2 0
    NH3 0
  5. Jumlah nombor pengoksidaan semua atom dalam ion adalah sama dengan cas ion.
    Contoh:
    IonJumlah Nombor Pengoksidaan
    NO3 -1
    CO32- -2
    PO43- -3
    NH4+ +1

nombor Pengoksidaan dan Penamaan 5ebatian mengikut 5istem IUPAC

  1. Bagi logam yang mempunyai lebih daripada satu nilai nombor pengoksidaan, nombor pengoksidaan ion logam dinyatakan dalam angka Roman dalam kurungan selepas nama logam.
    Contohnya

    Formula

    Nama Sebatian
    FeCl2Ferum(II) chloride
    FeCl3Ferum (III) chloride
    MnO2Mangan(IV) oxide
    Mn(NO3)2Mangan (II) nitrate
    PbCl2Plumbum(II) chloride
  2. Logam peralihan sentiasa menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

    Logam

    Nombor Pengoksidaan

    Fe+2, +3
    Cu+1, +2
    Mn+2, +4, +6, +7
  3. Unsur bukan logam (kecuali fluorida) biasanya mempunyai lebih daripada satu keadaan pengoksidaan.

    Leave a Comment