Pembentukan Ikatan Ganda Dua

Pembentukann Ikatan Ganda Dua

Pembentukan Molekul Oksigen

  1. Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6.
    Ia memerlukan dua lagi elektron valens untuk mencapai susunan elektron yang stabil (susunan elektron oktet).
  2. Oleh itu, dua atom oksigen, masing-masing menyumbangkan dua elektron valens untuk berkongsi.
  3. Akibatnya, kedua-dua elektron itu terikat secara kimia untuk membentuk molekul kovalen O2.
  4. Jenis ikatan ini dipanggil ikatan kovalen ganda dua.
  5. Struktur Lewis di bawah menunjukkan pembentukan molekul karbon dioksida.

[Struktur Lewis Pembentukaan Molekul Oksigen]

Pembentukan Molekul Karbon Dioksida

  1. Pembentukan molekul karbon dioksida, CO2.
    Atom karbon yang mempunyai susunan elektron 2.4. Iaitu, ia mempunyai empat elektron valens di petala terluar.
  2. Ia memerlukan empat lagi elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil
  3. Atom oksigen pula mempunyai susunan elektron 2.6. Iaitu, ia mempunyai enam elektron valens. Ia memerlukan dua lagi elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
  4. Bagi mencapai kestabilan, satu atom karbon menyumbangkan empat elektron valens dan dua atom oksigen, masing-masing menyumbangkan dua elektron valens untuk berkongsi.
  5. Akibatnya, satu atom karbon berkongsi elektron dengan dua atom oksigen untuk membentuk satu molekul karbon dioksida, CO2. Dua ikatan kovalen ganda dua terbentuk dalam satu molekul karbon dioksida.
  6. Molekul karbon dioksida adalah stabil kerana kesemua atom dalam molekul telah mencapai susunan elektron yang stabil.
  7. Struktur Lewis di bawah menunjukkan pembentukan molekul karbon dioksida.

[Struktur Lewis Pembentukaan Molekul Oksigen]

Leave a Comment