- Jadual berkala ialah satu carta di mana unsur-unsur disusun secara sistematik mengikut tertib nombor proton menaik.
- Di bawah ialah ahli-ahli sains yang menyumbangkan kepada perkembangan jadual berkala.
Sejarah Perkembangan Jadual Berkala
Antoine Lavoisier
- Unsur-unsur dikelaskan kepada empat kumpulan berdasarkan sifat kimianya, iaitu
- logam
- bukan logam
- gas
- tanah
- Pengelasan ini tidak berjaya kerana beberapa unsur dengan sifat kimia yang berlainan berada dalam kumpulan yang sama.
Johann Dobereiner – Hukum Triad
- Mengelaskan unsur mengikut triad.
- Setiap triad mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat sifat kimia yang sama .
- Mencadangkan satu hubungan antara sifat kimia dengan jisim atom unsur.
- Rajah di bawah menunjukkan 2 triad yang dicadang oleh Johann Dobereiner. Unsur-unsur di dalam triad mempunyai sifat kimia yang sama.
John Newlands – Hukum Oktaf
- Menyusun jisim atom relatif mengikut tertib
jisim atom relatif yang menaik. - Memperkenalkan hukum oktaf kimia. ( yang mirip kepada
Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dalam musik ) - Ahli kimia pertama yang menunjukkan kehadiran satu
corak berkala bagi sifat-sifat unsur, iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan.
Lothar Meyer – Lengkung Meyer
- Melukis sebuah graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang diketahui ( lengkung Meyer ).
- Didapati bahawa unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama menepati kedudukan yang setara pada lengkung itu.
Mendeleev – Jadual Berkala yang Pertama
- Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor nukleon menaik.
- Semua unsur dengan sifat sifat yang sama tergolong dalam lajur ( kumpulan ) yang sama.
- Tempat-tempat kosong ditinggalkan untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.
- Beliau menggunakan kedudukan unsur-unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsur yang belum ditemui pada masa itu ( eka-silikon). Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur itu ditemui beberapa tahun kemudian.
- Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok kumpulan yang berasingan.
H.J.G. Moseley – Menyusun Unsur-unsur Mengikut Tertib Nombor Proton Menaik
- Moseley berpendapat bahawa nombor proton yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan nombor nukleon.
- Oleh itu, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual Berkala.
- Susunan unsur-unsur oleh Moseley dalam jadual berkala adalah hampir sama dengan jadual berkala moden yang digunakan kini.