Pengenalan Kepada Jadual Berkala

  1. Jadual berkala ialah satu carta di mana unsur-unsur disusun secara sistematik mengikut tertib nombor proton menaik.
  2. Di bawah ialah ahli-ahli sains yang menyumbangkan kepada perkembangan jadual berkala.

Sejarah Perkembangan Jadual Berkala

Antoine Lavoisier

  1. Unsur-unsur dikelaskan kepada empat kumpulan berdasarkan sifat kimianya, iaitu
    1. logam
    2. bukan logam
    3. gas
    4. tanah
  2. Pengelasan ini tidak berjaya kerana beberapa unsur dengan sifat kimia yang berlainan berada dalam kumpulan yang sama.

Johann Dobereiner – Hukum Triad

  1. Mengelaskan unsur mengikut triad.
  2. Setiap triad mengandungi tiga unsur yang mempunyai sifat sifat kimia yang sama .
  3. Mencadangkan satu hubungan antara sifat kimia dengan jisim atom unsur.
  4. Rajah di bawah menunjukkan 2 triad yang dicadang oleh Johann Dobereiner. Unsur-unsur di dalam triad mempunyai sifat kimia yang sama.

John Newlands – Hukum Oktaf

  1. Menyusun jisim atom relatif mengikut tertib
    jisim atom relatif yang menaik.
  2. Memperkenalkan hukum oktaf kimia. ( yang mirip kepada
    Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dalam musik )
  3. Ahli kimia pertama yang menunjukkan kehadiran satu
    corak berkala bagi sifat-sifat unsur, iaitu ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan.

Lothar Meyer – Lengkung Meyer

  1. Melukis sebuah graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang diketahui ( lengkung Meyer ).
  2. Didapati bahawa unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama menepati kedudukan yang setara pada lengkung itu.

Mendeleev – Jadual Berkala yang Pertama

  1. Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor nukleon menaik.
  2. Semua unsur dengan sifat sifat yang sama tergolong dalam lajur ( kumpulan ) yang sama.
  3. Tempat-tempat kosong ditinggalkan untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.
  4. Beliau menggunakan kedudukan unsur-unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsur yang belum ditemui pada masa itu ( eka-silikon). Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur itu ditemui beberapa tahun kemudian.
  5. Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok kumpulan yang berasingan.

    H.J.G. Moseley – Menyusun Unsur-unsur Mengikut Tertib Nombor Proton Menaik

    1. Moseley berpendapat bahawa nombor proton yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan nombor nukleon.
    2. Oleh itu, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual Berkala.
    3. Susunan unsur-unsur oleh Moseley dalam jadual berkala adalah hampir sama dengan jadual berkala moden yang digunakan kini.

      Leave a Comment