Pengoksidaan dan penurunan sebagai Penerimaan atau Kehilangan Elektron

Pengoksidaan dan Penurunan Dari Segi Pemindahan Elektron

  1. Pengoksidaan ialah proses yang melibatkan kehilangan elektron.
  2. Penurunan ialah proses yang melibatkan penerimaan elektron.
  3. Bahan tindak balas yang menghilang (menderma) elektron mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen penurunan. Oleh itu agen penurunan adalah penderma elektron.
  4. Bahan tindak balas yang menerima elektron mengalami penurunan dan bertindak sebagai agen pengoksidaan. Oleh itu agen pengoksidaan adalah penerima elektron.
  5. Dalam satu tindak balas redoks, elektron dipindah dari agen penurunan kepada agen pengoksidaan.
  6. Persamaan setengah pengoksidaan ialah persamaan yang melibat pendermaan elektron oleh satu bahan kimia (yang bertindak sebagai agen penurunan).
  7. Persamaan setengah penurunan ialah persamaan yang melibat penerimaan elektron oleh satu bahan kimia (yang bertindak sebagai agen pengoksidaan).
  8. Persamaan keseluruhan redoks diperoleh daripada penambahan dua persamaan setengah pengoksidaan dan penurunan. Bilangan elektron yang diderma dalam proses pengoksidaan adalah sama dengan bilangan elektron yang diterima dalam proses penurunan.
    Misalnya, dalam tindak balas antara gas klorin dengan ferum panas:
    Persamaan setengah pengoksidaan:
    Fe → Fe3+ + 3e 
    (Fe dioksidakan kepada  Fe3+ kerana ia menderma elektron)
    Persamaan setengah penurunan:
    Cl2 + 2e- → 2Cl 
    (CI2 diturunkan kepada Cl kerana ia menenerima elektron)

    Persamaan keseluruhan redoks:
    2Fe + 3Cl2 → 2FeCl3

Revision Notes

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Leave a Comment