Sebatian Karbon

Struktur Atom Karbon

  1. Karbon terletak di dalam kumpulan 14 jadual berkala. Ia mempunyai enam elektron, oleh itu susunan elektronnya ialah 2.4.
  2. Atom karbon mempunyai empat elektron valen di petala terluar seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah.
  3. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, setiap atom karbon membentuk 4 ikatan kovalen dengan atom lain.

Contoh

Metana

Satu atom karbon bergabung dengan 4 atom hidrogen membentuk satu molekul metana, CH4.

Etana

Jika dua atom karbon bergabung, setiap satu atom karbon masih boleh membentuk ikatan dengan tiga atom hidrogen dan membentuk molekul etana
, C2H6.

Bilangan Ikatan

Setiap atom karbon membentuk 4 ikatan kovalen dengan atom lain. 4 ikatan kovalen itu boleh wujud dalam tiga bentuk seperti berikut.
Ikatan tunggal

Ikatan ganda dua

Ikatan ganda tiga

Sebatian Karbon
  1. Sebatian karbon boleh dibahagi kepada dua kumpulan:
    1. Sebatian karbon organik
      Berasal daripada benda hidup. Contoh:
      1. Etana
      2. Etena
      3. Etanol
      4. Asid etanoik
      5. Etil etanoat
      6. Tetraklorometana
    2. Sebatian karbon bukan organik
      Bukan berasal daripada benda hidup. Contoh:
      1. Karbon monoksida
      2. Karbon dioksida
      3. Kalsium karbonat

Leave a Comment