Dalam tindak balas peneutralan, alkali bertindak balas dengan asid menghasilkan garam dan air. Kalium hidroksida dan asid sulfurik : KOH + H2SO4 → K2SO4 + H2O Barium hidroksida dan asid hidroklorik: Ba(OH)2 + 2HCl → BaCl2 + 2H2O
Alkali + Garam Ammonium
Apabila alkali dipanaskan dengan garam ammonium, gas ammonia dibebaskan.
Gas ammonia mempunyai bau yang sengit dan menukar kertas litmus merah lembap kepada biru. Ammonium klorida dan kalium hidroksida: NH4Cl + KOH → KCl + H2O + NH3 Ammonium sulfat dan natrium hidroksida: (NH4)2SO4 + 2NaOH → Na2SO4 + 2H2O + 2NH3
Bagaimanapun tindak balas alkali dengan ammonium nitrat dan ammonium karbonat tidak menghasilkan ammonia
Alkali + Ion logam
Kebanyakan logam hidroksida tak terlarut.
Oleh itu ion hidroksida daripada alkali bertindak balas dengan ion-ion logam yang bercas positif dalam satu larutan membentuk mendakan hidroksida-hidroksida logam.Alkali + Ion Logam → Logam Hidroksida
Hidroksida bagi logam peralihan adalah berwarna.
Contoh-contoh tindak balas: Ion Aluminium NaOH + Al3+ → Al(OH)3 + Na+ Ion Magnesium NaOH + Mg2+ → Mg(OH)2 + Na+ Ion Zink KOH + Zn2+ → Zn(OH)2 + K+ Ion Kuprum KOH + Cu2+ → Cu(OH)2 + K+