Sifat Kimia Asid

Tindak Balas Dengan Bes

  1. Asid bertindak balas dengan bes (oksida logam dan hidroksida logam) untuk membentuk garam dan air.
  2. Contoh
    Asid Nitrik + Kuprum(II) Oksida

    2HNO3 + CuO → CU(NO3)2 + H2O

Contoh Eksperimen

  1. 100cm3 asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam kelalang kon.
  2. Beberapa ketul zink oksida dimasukan ke dalam asid tersebut.
  3. Campuran dikacau dengan rod kaca.

Pemerhatian

Pepejal putih zink oksida terlarut di dalam asid.

Perbincangan

Zink oksida bertindak balas dengan asid hidroklorik membentuk garam dan air.

ZnO + 2HCl → ZnCl2 + H2O

Tindak Balas Dengan Logam

  1. Semua asid bertindak balas dengan logam reaktif ( logam-logam yang lebih elektropositif daripada hidrogen dalam Siri Elektrokimia) seperti aluminium magnesium zink ferum untuk membebaskan gas hidrogen.
  2. Contoh
    Magnesium + Asid Hidroklorik

    Mg + HCl → MgCl2 + H2

    Aluminium + Asid Sulfurik

    Al + H2SO4 → Al2(SO4)3 + H2

    Ferum + Asid Nitrik

    Fe + HNO3 → Fe(NO3)2 + H2

  3. Ini ialah sejenis tindak balas penyesaran. Logam-logamdi atas hidrogen dalam Siri Elektrokimia
    boleh menyesarkan hidrogen daripada asid.
  4. Logam kurang reaktif seperti kuprum dan argentum tidak bertindak balas dengan asid.
  5. Bagaimanapun, kuprum bertindak balas dengan asid nitrik pekat.

Contoh Eksperimen

  1. 5 cm3 asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tabung uji.
  2. Satu spatula serbuk magnesium ditambah kepada asid.
  3. Kayu uji menyala diletakkan pada mulut tabung uji.

Pemerhatian

  1. Pepejal kelabu terlarut.
  2. Gelembung gas dibebaskan.
  3. Apabila kayu uji menyala didekatkan pada mulut tabung uji, bunyi ‘pop’ dihasilkan.

Perbincangan

  1. Magnesium bertindak balas dengan asid hidroklorik.

    Mg + H2SO4 → MgSO4 + H2

  2. Gas hidrogen terbebas.

Tindak Balas Dengan Karbonat Logam

  1. Asid bertindak balas dengan karbonat logam seperti kalsium karbonat untuk membebaskan gas karbon dioksida
  2. Contoh
    Kalsium Karbonat + Asid Hidroklorik

    CaCO3 + 2HCl → CaCl2 + CO2 + H2O

Contoh Eksperimen

  1. Sebanyak 5 cm3 asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tabung uji.
  2. Satu spatula serbuk kalsium karbonat dimasukkan ke dalam asid.
  3. Gas yang dibebaskan dilalukan melalui air kapur seperti ditunjukkan dalam rajah.

Pemerhatian

  1. Pepejal putih terlarut.
  2. Gelembung gas terbebas. Apabila gas tersebut dilalukan melalui air kapur, air kapur menjadi keruh.

Perbincangan

  1. Kalsium karbonat bertindak balas dengan asid sulfurik menghasilkan garam kalsium sulfat, gas karbon dioksida dan air.

    CaCO3 + H2SO4 → CaCl2 + H2O + CO2

  2. Gas karbon dioksida terbebas.

Leave a Comment