Sesuatu asid hanya menunjukkan sifat-sifat asidnya apabila air hadir.
Tanpa kehadiran air, sesuatu asid tulen dalam keadaan kering tidak menunjukkan sifat-sifat asidnya kerana asid kering tidak mempunyai ion hidrogen.
Sesuatu asid yang terlarut di dalam air akan bercerai untuk menghasilkan ion H+ yang menyebabkan asid itu menunjukkan sifat-sifat asid.
Contoh 1: gas karbon dioksida/ sulfur dioksida/ hidrogen klorida yang kering tidak bersifat asid Penerangan: gas kering itu hanya terdiri daripada molekul-molekul kovalen dan tidak mempunyai ion H+.
Gas karbon dioksida/ sulfur dioksida/ hidrogen klorida boleh menukarkan warna kertas litmus biru yang lembab kepada merah. Penerangan: Apabila air hadir, gas-gas itu bertindak balas dengan air dan bercerai untuk menghasilkan ion-ion H+.
Pelarut lain tidak boleh menggantikan air untuk menyebabkan suatu asid menunjukkan sifat-sifat asid.
Ini adalah kerana asid dalam pelarut lain itu kekal dalam bentuk molekul-molekul kovalen tanpa bercerai, tiada ion-ion H+ yang hadir.
Misalnya, larutan hidrogen klorida dalarn air boleh bersifat asid, manakala larutan hidrogen klorida dalam metilbenzena (toluena) kering tidak menunjukkan sifat-sifat asid.
Peranan Air Dalam Menunjukkan Sifat Alakli
Dalam keadaan kering bes tidak menunjukkan sifat alkali. Ini adalah kerana iron iron hidroksida, OH–, yang bebas bergerak tidak dihasilkan.
Dalam air, bes tentu dapat mengion untuk menghasilkan ion ion hidroksida, OH–, yang bebas bergerak. Oleh itu larutan alkali menunjukkan sifat sifat alkali.