Skala pH

Konsep pH

  1. Skala pH ialah sekala nombor yang digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkaliansuatu larutan akueus berdasarkan kepekatan ion hidrogen H+ dalam akueus itu.
  2. Mengikut takrifan:
    \[pH = – \log [{H^ + }]\]
    dan [ H+ ] mewakili kepekatan ion H+ dalam larutan akueus itu.
  3. Ini bermakna pH larutan akueus akan turun apabila kepekatan ion H+ meningkat.
  4. Semakin tinggi kepekatan ion hidrogen dalam suatu larutan semakin kecil nilai pH larutan asid itu.
  5. Nilai pH larutan berasid adalah kurang daripada tujuh. Semakin kecil nilai pH larutan, semakin tinggi keasidannya.
  6. Nilai pH bagi larutan neutral ialah 7.
  7. Semakin tinggi kepekatan ion hidroksida dalam suatu larutan Semakin besar nilai pH larutan alkali itu.
  8. Nilai pH larutan alkali adalah lebih daripada 7. Semakin besar nilai pH larutan semakin tinggi kealkaliannya.

Penunjuk Asid dan Alkali

  1. Penunjuk asid dan alkali ialah sejenis bahan kimia apabila ditambah ke dalam larutan berasid atau beralkali akan memberi warna yang berbeza pada nilai pH yang berbeza.
  2. Jadual di bawah menunjukkan warna-warna bagi penunjuk-penunjuk tertentu di dalam larutan neutral , larutan berasid atau larutan beralkali.
    Penunjuk
    Warna dalam asid pH<7
    Warna semasa neutral pH=7
    Warna dalam alkali pH >7
    litmus
    merah
    ungu
    biru
    fenolftalein
    tidak berwarna
    tidak berwarna
    merah jambu
    metil jingga
    merah jambu
    jingga pada  pH 6
    kuning
    metil merah
    merah
    jingga
    kuning
    bromotimol biru
    kuning
    hijau
    biru

(Warna penunjuk universal pada pH yang berlainan)
(Kertas litmus. Warnanya biru dalam alkali dan merah di dalam asid)
(Warna fenolftalein dalam alkali)

(Metil jingga: Kiri: Asid; Kanan: Alkali.

This image is shared by Rubashkyn in wikipedia)

(Metil merah: Kiri: Asid; Kanan: Alkali. This image is shared by LHcheM in Wikipedia)
(Bromotimol biru. Kiri: Asid; Kanan: Alkali).)
(Penunjuk universal. This image is shared by Bordercolliez in wikipedia)

Leave a Comment