Struktur Atom

Model Atom Moden

  1. Struktur sesuatu atom terdiri daripada satu nukleus kecil dipusatnya yang dikelilingi oleh elektron-elektron yang bergerak dalam petala-petala tertentu.
  2. Nukleus mengandungi dua jenis zarah asas, iaitu proton dan neutron. 
  3. Nukleus atom sangatlah kecil. Sebahagian besar jisim atom tertumpu dalam nukleus ini. 
  4. Nukleus sentiasa bercas positif. 
  5. Atom sebarang unsur adalah neutral kerana bilangan proton sama dengan bilangan elektron di dalam atom itu. Jadi, jumlah cas positif daripada proton dalam nukleus sama dengan jumlah cas negatif daripada elektron di sekeliling nukleus.
    Misalan:
    1. atom nitrogen mempunyai 7 proton dan 7 elektron. 
    2. Atom sulfur mempunyai 16 proton dan 16 elektron. 
  6. Atom daripada unsur yang sama semestinya mempunyai bilangan proton yang sama, manakala atom daripada unsur yang berbeza semestinya mempunyai bilangan proton yang berbeza. Oleh itu bilangan proton dalam suatu atom menentukan jenis unsur itu. 
    Misalnya:
    1. atom yang mempunyai 6 proton mestilah karbon. 
    2. Atom yang mempunyai 11 proton mestilah natrium.

Zarah-zarah Subatom

  1. Atom sesuatu unsur terbina daripada tiga jenis zarah asas, iaitu proton, neutron dan elektron.
  2. Cas relatif dan jisim relatif bagi tiga jenis zarah subatom itu diberi dalam jadual di bawah
  3. Proton dan neutron membentuk pusat bagi satu atom. Mereka digelar sebagai nukleon.
    1. Elektron bergerak mengelilingi nukleus dengan laju yang amat tinggi.

    ZarahSimbolCas RelatifJisim Relatif
    Proton
    p
    +1
    1
    Neutron
    n
    0
    1
    Elekron
    e
    -1
    1/1840

    Cas Zarah

    1. Satu atom yang neutral mempunyai bilangan elektron yang sama dengan bilangan proton .
    2. Cas negatif pada elektron dan cas potisif pada proton masing-masing meneutralkan antara satu sama lain. Contohnya, (+4) + (-4) = 0.
    3. Jika bilangan proton di dalam satu zarah lebih daripada bilangan elektron, zarah itu bercas positif.
    4. Jika bilangan elektron di dalam satu zarah lebih daripada bilangan proton, maka zarah itu bercas positif.

    Contoh:

    Bilangan protonBilangan electron
    Cas
    3
    3
    0
    5
    2
    +3
    9
    10
    -1
    11
    10
    +3
    16
    18
    -2
    17
    18
    -1
    20
    18
    +3

    Leave a Comment