Unsur Kumpulan 17 – Halogen
- Unsur-unsur kumpulan 17 termasuk fluorin, klorin, bromin dan iodin.
- Semua unsur-unsur kumpulan 17 ialah adalah bukan logam dan dikenali sebagai halogen.
- Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom, F2, Cl2, Br2, I2 dan As2.
- Kebanakan halogen wujud di dalam alam sekitar dalam bentuk garam halida.
- Halida ialah nama yang diberi kepada ion halogen. Jadual di bawah menunjukkan nama halogen dan nama halidanya.
Halogen | Halida |
Florin | Florida |
Klorin | Klorida |
Bromin | Bromida |
Iodin | Iodida |
Sifat Fizik Halogen
- Semua unsur kumpulan 17 ialah bukan logam. Oleh itu mereka merukakan penebat haba dan elektrik.
- Mereka juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
- Semua unsur kumpulan 17 adalah berwarna dan larut sedit di dalam air.
- Unsur-unsur kumpulan 17 wujud sebagai molekul dwiatom: F2, C12, Br2, I2, At2
- Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron dan juga sifat fizik bagi unsur-unsur kumpulan 17.
Nama | Nombor Proton | Susunan Elektron |
Fluorin | 9 | 2.7 |
Klorin | 17 | 2.8.7 |
Bromin | 35 | 2.8.18.7 |
Iodin | 53 | 2.8.18.18.7 |
Astatin | 85 | 2.8.18.32.18.7 |
Perubahan Sifat Fizik Apabila Menuruni Kumpulan
- Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni Kumpulan 17.
- Apabila menuruni kumpulan:
- Saiz atom bertambah disebabkan oleh petala yang berisi elektron bertambah.
- Ketumpatannya meningkat disebabkan oleh jisim molekul relatif bertambah.
- Takat lebur dan takat didihnya meningkat disebabkan oleh daya tarikan van der Waals menjadi lebih kuat apabila saiz molekul bertambah.
- Keadaan fizik berubah dari gas (F2, Cl2) ke cecair (Br2), dan kemudian ke pepejal (I2, At2).
- Warnanya bertambah gelap.
- Keterlarutannya dalam air menurun.
- Keelektronegatifannya (kecenderungan suatu unsur untuk menarik elektron) menurun.
(Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan)
Takat Lebur dan Takat Didih
Nama | Nombor Proton | Takat Lebur | Takat Didih |
Fluorin | 9 | -220ºC | -188ºC |
Klorin | 17 | -102ºC | -34ºC |
Bromin | 35 | -7ºC | 59ºC |
Iodin | 53 | 114ºC | 184ºC |
Astatin | 85 | 302ºC | 380ºC |
- Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana tarikan bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya.
- Seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah, takat lebur dan takat didih meningkat apabila menuruni kumpulan.
- Ini adalah kerana apabila semakin menuruni kumpulan kerana apabila menuruni Kumpulan 17 daripada fluorin kepada iodin, saiz atom semakin besar dan daya tarikan Van der Waals antara molekul halogen pun bertambah kuat. Oleh itu, semakin banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan itu.
Warna Unsur-unsur Kumpulan-17
Nama | Warna |
Fluorin | Gas kunig pudar |
Klorin | Gas kuning kehijauan |
Bromin | Cecair merah gelap atau wap perang |
Iodin | Pepejal hitam atau wap ungu |
Astatin | Pepejal hitam atau wap gelap |