Unsur-unsur Kumpulan 17

Unsur Kumpulan 17 – Halogen

  1. Unsur-unsur kumpulan 17 termasuk fluorin, klorin, bromin dan iodin.
  2. Semua unsur-unsur kumpulan 17 ialah adalah bukan logam dan dikenali sebagai halogen.
  3. Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom,  F2, Cl2, Br2, I2 dan As2.
  4. Kebanakan halogen wujud di dalam alam sekitar dalam bentuk garam halida.
  5. Halida ialah nama yang diberi kepada ion halogen. Jadual di bawah menunjukkan nama halogen dan nama halidanya.
HalogenHalida
FlorinFlorida
KlorinKlorida
BrominBromida
IodinIodida

Sifat Fizik Halogen

  1. Semua unsur kumpulan 17 ialah bukan logam. Oleh itu mereka merukakan penebat haba dan elektrik.
  2. Mereka juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
  3. Semua unsur kumpulan 17 adalah berwarna dan larut sedit di dalam air.
  4. Unsur-unsur kumpulan 17 wujud sebagai molekul dwiatom: F2, C12, Br2, I2, At2
  5. Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron dan juga sifat fizik bagi unsur-unsur kumpulan 17.
NamaNombor ProtonSusunan Elektron
Fluorin
9
2.7
Klorin
17
2.8.7
Bromin
35
2.8.18.7
Iodin
53
2.8.18.18.7
Astatin
85
2.8.18.32.18.7

Perubahan Sifat Fizik Apabila Menuruni Kumpulan

  1. Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni Kumpulan 17.
  2. Apabila menuruni kumpulan:
    1. Saiz atom bertambah disebabkan oleh petala yang berisi elektron bertambah.
    2. Ketumpatannya meningkat disebabkan oleh jisim molekul relatif bertambah.
    3. Takat lebur dan takat didihnya meningkat disebabkan oleh daya tarikan van der Waals menjadi lebih kuat apabila saiz molekul bertambah.
    4. Keadaan fizik berubah dari gas (F2, Cl2) ke cecair (Br2), dan kemudian ke pepejal (I2, At2).
    5. Warnanya bertambah gelap.
    6. Keterlarutannya dalam air menurun.
    7. Keelektronegatifannya (kecenderungan suatu unsur untuk menarik elektron) menurun.
(Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan)

Takat Lebur dan Takat Didih

NamaNombor ProtonTakat LeburTakat Didih
Fluorin
9
-220ºC-188ºC
Klorin
17
-102ºC-34ºC
Bromin
35
-7ºC59ºC
Iodin
53
114ºC184ºC
Astatin
85
302ºC380ºC
  1. Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana tarikan bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba  diperlukan untuk mengatasinya.
  2. Seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah, takat lebur dan takat didih meningkat apabila menuruni kumpulan.
  3. Ini adalah kerana apabila semakin menuruni kumpulan kerana apabila menuruni Kumpulan 17 daripada fluorin kepada iodin, saiz atom semakin besar dan daya tarikan Van der Waals antara molekul halogen pun bertambah kuat. Oleh itu, semakin banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan itu.

Warna Unsur-unsur Kumpulan-17

NamaWarna
FluorinGas kunig pudar
KlorinGas kuning kehijauan
BrominCecair merah gelap atau wap perang
IodinPepejal hitam atau wap ungu
AstatinPepejal hitam atau wap gelap

Leave a Comment