3 Keadaan Jirim
Jirim wujud dalam 3 keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
Sifat-sifat Jirim dalam Keadaan Pepejal, Cecair dan Gas
Sifat-sifat | Pepejal | Cecair | Gas |
Susunan zarah | Zarah-zarah disusun dengan teratur dan rapat. | Zarah-zarah tidak diatur dengan teratur. Terdapat ruang yang sederhana saisnya di antara zarah-zarah. | Zarah-zarah berada jauh antara satu sama lain dan tidak tersusun dengan teratur. |
Pergerakan zarah | Zarah-zarah bergetar dalam kedudukan tetap. | Zarah-zarah bergetar secara rawak dan menggelongsor di atas permukaan zarah lain. | Zarah-zarah bergerak secara rawak dengan laju yang amant tinggi. |
Daya tarikan di antara zarah | Sangat kuat | Kuat tetapi lebih lemah berbanding dengan pepejal | Sangat lemah |
Keter-mampatan | Sangat susah dimampatkan kerana zarah-zarahnya adalah rapat antara satu sama lain. | Sangat susah dimampatkan kerana zarah-zarahnya adalah rapat antara satu sama lain. | Senang dimampatkan kerana zarah-zarahnya adalah jauh antara satu sama lain. |
Isipadu | Tetap | Tetap | Mengikut isipadu bekas |
Kandungan tenaga | Lowest Energy Content | Moderate energy content. | Highest energy content |
Bentuk | Tetap | Mengikut bentuk bekas | Mengisi seluruh bekas |
Takat Beku, Takat Didih dan Keadaan Jirim
- Takat lebur suatu bahan ialah suhu tetap di mana bahan itu melebur menjadi cecair pada tekanan tertentu.
- Takat beku suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu membeku menjadi pepejal pada tekanan tertentu.
- Bagi suatu bahan tulen yang sama, takat lebur dan takat bekunya adalah sama.
- Takat didih suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu mendidih menjadi gas pada tekanan tertentu.
- Keadaan fizik suatu bahan pada suatu suhu tertentu bergantung kepada takat lebur dan takat didihnya.
- Suatu bahan adalah dalam keadaan pepejal jika suhunya lebih rendah daripada taket bekunya.
- Bahan itu berada dalam keadaan gas jika suhunya lebih tinggi daripada takat didihnya, dan berada dalam keadaan cecair jika shunya di antara takat beku dan takat didih.