Lengkung Pemanasan

Lengkung Pemanasan



A
  • Pada titik A, bahan itu berada dalam keadaan pepejal.
  • Zarah-zarahnya tersusun dengan padat, teratur, bersentuhan pada kedudukan tetap mengikut corak susunan tertentu, dan ditarik oleh daya tarikan yang kuat.
A-B
  • Dari titik A ke B, pepejal bahan itu dipanaskan dan suhu pepejal semakin meningkat. 
  • Semasa pemanasan, tenaga haba yang dibekalkan diserap oleh zarah-zarah pepejal dan ini menyebabkan zarah-zarah itu bergetar dan berputar dengan cepat. 
  • Tenaga gerakan ini disebut tenaga haba zarah zarah yang semakin bertambah apabila suhu meningkat. 
  • Pemanasan ini menyebabkan pepejal itu mengembang dan daya tarikan antara zarah menjadi semakin lemah.
B
  • Pada titik B, tenaga haba yang telah diserap membolehkan zarah-zarah bergetar dan berputar dengan begitu cepat sehingga dapat mengatasi daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah. 
  • Jadi, zarah-zarah terpisah daripada satu sama lain dan susunan bertertib runtuh menyebabkan zarah-zarah bergerak bebas secara rawak serta menggelongsor di atas satu sama lain dalam kelompok-kelompok zarah. 
  • Pada peringkat ini, pepejal mula melebur 
B-C
  • Dari titik B ke C, pepejal sedang melebur menjadi cecair.
  • Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua-dua pepejal dan cecair.
  • Di sepanjang proses peleburan ini, suhu sistem itu menjadi tetap walaupun tenaga haba terus dibekalkan.
  • Ini disebabkan tenaga haba yang dibekalkan sepanjang proses peleburan ini digunakan untuk melemahkan daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah supaya pepejal dapat bertukar kepada cecair.
  • Tenaga haba ini disebut haba pendam perlakuran.
C
  • Pada titik C, semua pepejal telah ditukarkan kepada cecair.
  • Peleburan telah selesai.
C-D
  • Dari titik C ke D, cecair bahan itu terus dipanaskan dan suhunya semakin meningkat. 
  • Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah cecair pada peringkat ini menyebabkan zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dan saling berlanggar dengan lebih kerap, iaitu tenaga kinetik zarah-zarah semakin bertambah.
D
  • Pada titik D, zarah-zarah cecair telah menerima tenaga yang cukup untuk mengatasi daya tarikan jiran-jirannya. 
  • Maka zarah-zarah itu keluar dari permukaan cecair untuk menjadi gas. 
  • Pada peringkat ini, cecair itu dikatakan mula mendidih. 
  • Suhu cecair mula mendidih disebut takat didih
D-E
  • Dari titik D ke E, cecair sedang mendidih. Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua dua cecair dan gas. 
  • Di sepanjang proses pendidihan, suhu sistem itu, iaitu takat didih, tidak berubah tetapi menjadi tetap walaupun tenaga, haba terus dibekalkan melalui pemanasan. 
  • Ini disebabkan tenaga, haba yang dibekalkan sepanjang proses pendidihan ini digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair supaya zarah¬zarah cecair terpisah jauh antara satu sama lain. 
  • Tenaga haba yang digunakan untuk mengewapkan cecair semasa pendidihan dikenal sebagai haba pendam pengewapan.
E
  • Pada titik E, semua cecair telah bertukar kepada gas. 
  • Pendidihan telah selesai.
E-F
  • Dari titik E ke F, pemanasan yang seterusnya menaikkan suhu gas. 
  • Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah gas pada peringkat ini menyebabkan zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dalam keadaan rawak dan lebih kerap berlanggar antara satu sama lain. 
  • Ini bermakna tenaga kinetik zarah-zarah gas semakin bertambah. 
  • Pemanasan ini menyebabkan gas itu semakin mengembang dan daya tarikan antara zarah gas semakin lemah.


Recommended Videos

How to Read a Heating Curve




Leave a Comment