Perubahan Keadaan Jirim

3 Keadaan Jirim

Jirim wujud dalam 3 keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.

Sifat-sifat Jirim dalam Keadaan Pepejal, Cecair dan Gas

Sifat-sifat
Pepejal
Cecair
Gas
Susunan zarah

Zarah-zarah disusun dengan teratur dan rapat.

    Zarah-zarah tidak diatur dengan teratur. Terdapat ruang yang sederhana saisnya di antara zarah-zarah.

      Zarah-zarah berada jauh antara satu sama lain dan tidak tersusun dengan teratur.

        Pergerakan zarahZarah-zarah bergetar dalam kedudukan tetap.Zarah-zarah bergetar secara rawak dan menggelongsor di atas permukaan zarah lain.Zarah-zarah bergerak secara rawak dengan laju yang amant tinggi.
        Daya tarikan di antara zarahSangat kuatKuat tetapi lebih lemah berbanding dengan pepejalSangat lemah
        Keter-mampatanSangat susah dimampatkan kerana zarah-zarahnya adalah rapat antara satu sama lain.Sangat susah dimampatkan kerana zarah-zarahnya adalah rapat antara satu sama lain.Senang dimampatkan kerana zarah-zarahnya adalah jauh antara satu sama lain.
        IsipaduTetapTetapMengikut isipadu bekas
        Kandungan tenagaLowest Energy ContentModerate energy content.Highest
        energy content
        BentukTetapMengikut bentuk bekasMengisi seluruh bekas

        Takat Beku, Takat Didih dan Keadaan Jirim

        1. Takat lebur suatu bahan ialah suhu tetap di mana bahan itu melebur menjadi cecair pada tekanan tertentu.
        2. Takat beku suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu membeku menjadi pepejal pada tekanan tertentu.
        3. Bagi suatu bahan tulen yang sama, takat lebur dan takat bekunya adalah sama.
        4. Takat didih suatu bahan ialah suhu tetap di mana cecair bahan itu mendidih menjadi gas pada tekanan tertentu.
        5. Keadaan fizik suatu bahan pada suatu suhu tertentu bergantung kepada takat lebur dan takat didihnya.
        6. Suatu bahan adalah dalam keadaan pepejal jika suhunya lebih rendah daripada taket bekunya.
        7. Bahan itu berada dalam keadaan gas jika suhunya lebih tinggi daripada takat didihnya, dan berada dalam keadaan cecair jika shunya di antara takat beku dan takat didih.

        Leave a Comment