Nombor Proton dan Nombor Nukleon
- Nombor proton = bilangan proton dalam satu atom unsur itu.
- Nombor neukleon = bilangan neukleon = jumlah bilangan proton + jumlah bilangan neutron.
- Di dalam satu atom, lilangan elektron = bilangan proton (kerana semua atom adalah neutral).
- Jisim satu atom = jumlah jisim proton + jumlah jisim neotron + jumlah jisim elektron.
- Bagaimanapun jisim elektron sangat kecil, maka ia boleh diabaikan. Oleh itu, kita boleh menganggap bahawa jisim satu atom = jisim atom relatif atom itu.
- Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara bilangan proton, neutron dan elektron dengan nombor proton dan nukleon.
Atom |
Proton Number |
Nucleon Number |
Amount of Proton |
Amount of electron |
Amount of Neutron |
Helium |
2 |
4 |
2 |
2 |
2 |
Oxygen |
8 |
16 |
8 |
8 |
8 |
Sodium |
11 |
23 |
11 |
11 |
12 |
Chlorine |
17 |
35 |
17 |
17 |
18 |
[Notes: In ion, the amount of protons IS NOT equal to the amount of electrons]
Contoh 1
Unsur X mempunyai nombor proton 13 dan nombor nukleon 27. Berapakah bilangan proton, neutron, dan elektron dalam satu unsur X?Jawapan:
Bilangan proton dalam atom X
= Nombor proton = 13
Bilangan elektron dalam atom X
= bilangan proton = 13
Bilangan neutron dalam atom X = Nombor nukleon – bilangan proton = 27 – 13 = 14
Contoh 2
Atom unsur Y mengandungi 22 neutron dan 18 elektron. Berapakah nombor proton dan nombor nubleon bagi unsur Y?Jawapan:
Dalam atom neutral Y, bilangan proton = bilangan elektron = 18
Jadi nombor proton unsur Y = bilangan proton = 18
Nombor nukleon unsur Y = Bilangan proton + bilangan neutron = 40
Kaedah menulis nombor atom dan nombor jisim pada simbol unsur.
- Nombor nukleon ditulis di bahagian atas sebelah kiri manakala nombor proton ditulis di bahagian bawah sebelah kiri simbol atom unsur.
- Contohnya,