Formula Empirik
- Formula empirik sesuatu sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bilangan atom tiap-tiap unsur yang terdapat dalam sebatian itu.
- Perkataan empirik bermakna maklumat diperolehi daripada pemerhatian, eksperimen atau pengalaman.
Contoh:
Bahan Kimia | Formula Molekul | Formula Empirik |
Glukosa | C6H12O6 | CH2O |
Air | H2O | H2O |
Karbon Dioksida | CO2 | CO2 |
Benzena | C6H6 | CH |
Butana | C4H8 | CH2 |
Mencari Formula Empirik
Formula empirik suatu sebatian dapat ditentukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Mula-mula, tentukan jisim atau peratus komposisi mengikut jisim setiap unsur yang berpadu.
Langkah 2: Kemudian tukarkan unit jisim dalam gram kepada mol atom.
Langkah 3: Seterusnya, hitungkan nisbah yang paling ringkas bagi bilangan mol atom setiap unsur yang telah bergabung.
Langkah 4: Berdasarkan langkah 3, formula empirik sebatian itu ditulis.
Contoh:
Dalam satu tindak balas kimia, 4.23g ferum bertindak sepenuhnya dengan 1.80g gas oksigen, menghasilkan satu besi oksida. Tentukan formula empirik besi oksida itu. [Jisim atom relatif: Ferum = 56; Oksigen = 16]Contoh:
Dalam satu tindak balas kimia, 4.23g ferum bertindak sepenuhnya dengan 1.80g gas oksigen, menghasilkan satu besi oksida. Tentukan formula empirik besi oksida itu. [Jisim atom relatif: Ferum = 56; Oksigen = 16]Contoh:
Unsur | Fe | O |
Jisim | 4.23g | 1.80g |
Bilangan mol | 4.2356=0.0755 | 1.8016=0.1125 |
Nisbah ringkas | 0.07550.0755=1 | 0.11250.0755=1.5 |
Nisbah dalam nombor bulat | 2 | 3 |
Formula empirik ferum oksida itu = Fe2O3
Tentukan formula empirik sebatian yang mempunyai peratus komposisi Mg: 20.2%, S: 26.6%, O: 53.2%. [Jisim atom relatif: Mg = 24; S = 32; O = 16]
Jawapan
Unsur | Mg | S | O |
Peratus | 20.2% | 26.6% | 53.2% |
Jisim dalam 100g | 20.2g | 26.6g | 53.2g |
Bilangan mol | 20.224=0.8417mol | 26.632=0.8313mol | 53.216=3.325mol |
Nisbah ringkas | 0.84170.8313=1 | 0.83130.8313=1 | 3.3250.8313=4 |
Formula empirik sebatian ini ialah MgSO4
Daripada satu eksperimen, saintis mendapati satu hidrokarbon mengandungi 85.7% karbon (merujuk kepada jisim). Cari formula empirik hidrocarbon itu. [Jisim atom relatif: Karbon = 12; Hidrogen = 1]Jawapan:
Unsur | C | H |
Peratus | 85.7% | 14.3% |
Jisim dalam 100g | 85.7g | 14.3g |
Bilangan mol | 85.712=7.142mol | 14.31=14.3mol |
Nisbah ringkas | 7.1427.142=1 | 14.37.142=2 |
Formula empirik hidrokarbon itu = CH2