Formula Molekul

Formula Molekul

  1. Formula molekul sesuatu unsur atau sebatian ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan atom sebenar setiap unsur yang terdapat dalam satu molekul unsur atau sebatian itu.
  2. Bagi sesetengah sebatian, formula molekulnya adalah sama dengan formula empiriknya. Contohnya, formula empirik karbon dioksida ialah CO2 dan formula molekulnya juga CO2.
  3. Bagi sebatian yang lain, formula molekulnya adalah seperti gandaan bagi formula empiriknya.
  4. Contohnya, formula empirik etana ialah CH3 manakala formula molekulnya ialah C2H6 (2 kali ganda).

Mencari Formula Molekul

Contoh
Diberi bahawa formula empirik benzene ialah CH dan jisim molekul relatifnya ialah 78. Cari formula molekul bezene [Jisim atom relatif: Karbon: 12; Hidrogen: 1]

Jawapn:
Katakanlah formula molekul benzene ialah CnHn.Maka jisim molekul relatif CnHn
= n(12) + n(1)
= 13n

13n = 78
n = 78/13 = 6

Oleh itu, jisim molekul relatif benzene
= C6H6

Contoh:

Diberi bahawa peratus komposisi satu sebatian ialah 92.26% C dan 7.74% H. Jisim molekul relatif sebatian itu ialah 78. Tentukan formula molekul sebatian itu

Jawapan:
Untuk mencari formula molekul suatu sebatian kimia, kita perlu menentukan formula empiriknya terlebih dahulu.

Mencari formula empirik:

Unsur
C
H
Peratus
92.26%
7.74%
Jisim dalam 100g
92.26g
7.74g
Bilangan mol
92.26 12 =7.688 mol
7.74 1 =7.74 mol
Nisbah ringkas
1
1

Formula empirik sebatian itu = CH

Mencari formula molekul 
Katakanlah formula molekul sebatian itu ialah
= CnHn

di mana n ialah satu nombor bulat

Jisim molekul relatif CnHn
= n(12) + 4(1) = 78
13n = 78
n = 78/13 = 6

Formula molekul sebatian
C6H6

Contoh:

Berapakah jisim logam X yang boleh bertindak dengan  14.4g oksigen untuk membentuk X oksida yang mempunya formuloa molekul  X2O3. (JAR: O = 16; X = 56 )

Jawapan:

Bilangan mol oksigen = 14.4 16 =0.9 mol Daripada formula molekul , kita dapati bahawa nisbah unsur X kepada oksigen X:= 2:3 Maka bilangan mol X =0.9× 2 3 =0.6 mol Bilangan mol, n =  Jisim Jisim molar 0.6= Jisim 56* Jisims=33.6g Jisim unsur X = 33.6g *Jisim molar suatu bahan = Jisim atom relatif bahan itu

Leave a Comment