Alkohol

Revision Notes

Formula AmCnH2n+1OH, n = 1, 2, 3, …….

Kumpulan Berfungsi:

Hidroksil

3 Ahli Utama:

Alkohol adalah sebatian di mana satu atau lebih atom hidrogen dalam alkana telah digantikan oleh kumpulan -OH.

Penamaan Alkohol

  1. Semua ahli homolog alkohol mempunyai akhiran ‘anol’. Sebagai contoh, metanol, etanol, propanol ……
  2. Penamaan alkohol adalah sama seperti alkana, berdasarkan bilangan atom karbon dalam molekul, tetapi akhiran ‘ana’ dalam penamaan alkana digantikan dengan akhiran ‘anol’.
  3. Kedudukan kumpulan alkil dan hidroksil yang terikat pada rantai karbon ditunjukkan dengan penomboran atom karbon.
  4. Kumpulan hidroksil mesti selalu mendapat nombor terkecil yang mungkin.

Contoh 1

(Propan-2-ol)

Rantai paling panjang: 3 carbon (propanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 2
Alkil:

Contoh 2

(Pentan-1-ol)

Rantai paling panjang: 5 carbon (pentanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 1
Alkil: –

Contoh 3

(2-metilpropan-2-ol)

Rantai paling panjang: 3 carbon (propanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 2
Alkil: Metil di karbon ke-2

Contoh 4

(3-metilbutan-1-ol)

Rantai paling panjang: 4 carbon (butanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 1
Alkil: Metil di karbon-3

Contoh 5

(2,2-dimetilpropan-1-ol)

Rantai paling panjang: 3 carbon (propanol)
Kedudukan kumpulan hidroksil: 1
Alkil: 2 Metil, kedua-dua di karbon ke-2

Kegunaan Alkohol

Alkohol boleh digunakan sebagai
  1. Minuman
  2. Bahan api
  3. Pelarut
  4. Antiseptik

Leave a Comment