Formula Struktur

Formula Molekul dan Formula Struktur

  1. Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan setiap jenis atom unsur yang sebenarnya terdapat di dalam satu molekul.  Contohnya, formula molekul etanol ialah CH3COOH.
  2. Formula struktur ialah formula yang menunjukkan cara atom atom dalam suatu molekul diikat antara satu dengan yang lain melalui ikatan kovalen. Contohnya, formula struktur etanol ialah

Menulis formula struktur 

Hukum-hukum yang perlu dipatuhi

  1. Semua atom diikat bersama oleh ikatan kovalen yang diwakili oleh garis lurus. Ikatan itu mungkin ikatan tunggal, ikatan ganda dua atau ikatan ganda tiga.
  2. Bilangan ikatan kovalen yang ada pada setiap atom adalah seperti berikut
    1. Hidrogen: 1 ikatan
    2. Karbon: 4 ikatan
    3. Oksigen: 2 ikatan

Langkah-langkah menulis formula struktur alkana:

Langkah 1: Tentukan bilangan karbon di dalam molekul ( katakan tiga atom karbon)
Langkah 2: Lukis semua atom karbon dalam satu baris kemudian melukis ikatan-ikatan kovalen yang menyambung atom-atom karbon itu

Langkah 3: Lengkapkan ikatan di atom-atom karbon supaya setiap atom karbon mempunyai 4 ikatan kovalen

Langkah 4: Lengkapkan atom-atom hidrogen di hujung setiap ikatan kovalen yang tidak terikat.

Langkah 5: Pastikan setiap atom karbon mempunyai 4 ikatan kovalen tunggal dan setiap hidrogen mempunyai satu ikatan kovalen tunggal.

Leave a Comment