Siri Homolog

    1. Siri homolog ialah satu kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi yang sama dengan setiap ahli dalam siri itu berbeza dengan ahli yang berikutnya dengan satu kumpulan -CH2.
    2. Ahli-ahli di dalam satu Siri homolog menunjukkan sifat-sifat berikut:
      1. mempunyai formula am yang sama
      2. berbeza daripada ahli seterusnya dengan satu kumpulan -CH2
      3. boleh disediakan dengan kaedah yang sama. Contohnya semua alkena boleh disediakan daripada tindak balas pendehidratan alkohol.
        Penyediaan Etena (Pendehidratan etanol):

        C2H5OH → C2H4 + H2O

        Penyediaan Propena (Pendehidratan propanol)

        C3H7OH → C3H8 + H2O

      4. mempunyai sifat fizik yang berbeza
      5. mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai kumpulan berfungsi yang sama. 
    3. Berikut ialah siri homolog yang akan dikaji di dalam silibus SPM
      1. Alkana: CnH2n+2
      2. Alkena: CnH2n
      3. Alkohol: CnH2n+1OH
      4. Asid Karboksilik : CnH2n+1COOH
      5. Ester: CnH2n+1COOCmH2m+1

    Kumpulan Berfungsi

    1. Kumpulan berfungsi ialah satu atom atau sekumpulan atom atau ikatan yang mengambil bahagian dalam tindak balas kimia dan menentukan sifat kimia sebatian itu.
    2. Ahli-ahli daripada siri homolog yang sama mempunyai sifat kimia yang sama kerana mempunyai kumpulan berfungsi yang sama di dalam molekulnya.
    3. Jadual di bawah menunjukkan Siri homolog dengan formula am dan kumpulan fungsinya masing-masing
    Sebatian KarbonFormula AmKumpulan Berfungsi
    AlkanaCnH2n+2Ikatan tunggal karbon-karbon
    – C – C –
    AlkenaCnH2nIkatan ganda dua karbon-karbon
    – C = C –
    AlkoholCnH2n+1OHKumpulan hidroksil
    – OH
    Asid KarboksilikCnH2n+1COOHKumpulan karboksil
    – COOH
    EsterCnH2n+1
    -COOCmH2m+1
    Kumpulan karboksilat
    – COO –

    Leave a Comment