Getah Semula Jadi

  1. Getah asli ialah polimer semulajadi.
  2. Latex ialah sejenis cecair menyerupai susu yang diperolehi daripada pok0k getah. Latex adalah satu campuran zarah-zarah getah dan air.
  3. Formula molekul getah asli adalah (C5H8)n, di mana n adalah kira-kira 10,000.
  4. Monomer getah asli ialah  C5H8, yang dikenali sebagai 2-metilbut-1,3-diene (isoprena).
  1. Setiap molekul monomer getah mempunyai 2 ikatan ganda dua yang dikenali sebagai -diene.

Pembekuan Latex

  1. Setiap zarah getah terdiri daripada molekul getah yang dibungkus oleh satu lapis membran protein.
  2. Membran protein mempunyai cas negatif di permukaan luarnya.
  3. Cas yang sama aka menolak. Oleh itu, daya tolakan wujud di antara zarah-zarah getah yang menyebabkan zarah-zarah mini dipisahkan antara satu sama lain.
  4. Ini menghalang pembentukan ikatan antara zarah-zarah getah dan seterusnya menghalang pembekuan getah.
  5. Walau bagaimanapun, lateks boleh dibekukan jika:
    1. asid seperti asid etanoik ditambah kepadanya.
      • Apabila asid ditambahkan ke dalam latex, ion-ion hidrogen dari asid meneutralkan cas negatif pada permukaan membran protein.
      • Zarah-zarah neutral ini tidak lagi menolak antara satu sama lain.
      • Zarah-zarah getah ini boleh bertembung antara satu sama lain, menyebabkan membrannya dipecahkan.
      • Akibatnya, polimer getah dibebaskan dan mereka bergabung bersama untuk membentuk sekumpulan besar polimer getah. Dengan ini, getah membeku.
    2. Lateks dibiarkan selama 1 – 2 hari. Ini disebabkan tindakan bakteria pada lateks. Aktiviti bakteria dalam lateks menghasilkan asid laktik yang mengandungi ion-ion hidrogen yang menyebabkan pembekuan susu getah.
  6. Pembekuan lateks boleh dicegah dengan menambah alkali ke dalamnya. Ion-ion OH– dari alkali akan meneutralkan sebarang asid yang boleh dihasilkan oleh bakteria.

Sifat Fizik Getah Asli

Leave a Comment