Alkana

Pengenalan Kepada Alkana

Formula Am: CnH2n+2, n = 1, 2, 3, …

Kumpulan Berfungsi:

Tiada kumpulan berfungsi

3 Ahli pertama:

    1. Alkana ialah satu siri homolog bagi sebatian yang mempunyai formula am CnH2n+2, n = 1, 2, 3, ……
    2. Alkana ialah hidrokarbon tepu, iaitu atom-atom karbon terikat antara satu sama lain oleh ikatan kovalen tunggal sahaja.
    3. Oleh itu, dalam molekul alkana, setiap atom karbon terikat kepada empat atom lain ( sama karbon atau hidrogen ) melalui ikatan kovalen tunggal.

Penamaan Ahli-ahli Alkana

  1. Nama bagi setiap alkana berakhir dengan imbuhan akhiran “ana”.
  2. Semua sebatian karbon dinamakan mengikut bilangan atom karbon yang terdapat di dalam molekulnya.
  3. Mengikut sistem penamaan ini, nama sebatian karbon terdiri daripada dua bahagian, iaitu nama dasar dan imbuhan akhiran.
  4. Nama dasar memberi maklumat bilangan atom karbon di dalam molekul.
  5. Imbuhan akhiran memberitahu Siri homolog sebatian itu.
    Contohnya:

    Etana ialah sejenis alkana. Nama dasar “et” menunjukkan bahawa terdapat dua atom karbon di dalam molekulnya. Imhunan akhiran “ana” pula menunjukkan ia adalah ahli di dalam siri homolog alkana.
  6. Imbuhan berikut digunakan untuk menamakan ahli-ahli siri itu mengikut bilangan atom-atom karbon dalam molekul.
Bilagan karbonImbuhanBilangan KarbonImbuhan
1met7hept
2et8okt
3prop9non
4but10dek
5pent11hendek
6heks12dodek

Nama Bagi 8 Alkana Pertama

Jadual di bawah menunjukkan formula molekul dan nama bagi lapan alkana yang pertama
Bilangan KarbonFormula MolekulNama
1CH4Metana
2C2H6Etana
3C3H8Propana
4C4H10Butana
5C5H12Pentana
6C6H14Heksana
7C7H16Heptana
8C8H18Oktana

Leave a Comment