Ikatan Kovalen

Ikatan Kovalen

  1. Ikatan kovalen terbentuk apabila bukan logam bergabung dengan bukan logam secara berkongsi elektron untuk menghasilkan molekul. Molekul yang terbentuk dipanggil molekul kovalen.
  2. Bukan logam biasanya berasal daripada Kumpulan 15, 16 dan 17 Jadual Berkala yang mempunyai 5, 6 atau 7 elektron valens.
  3. Beberapa unsur bukan logam dari kumpulan 14 seperti karbon dan silikon yang mempunyai 4 elektron valens juga boleh membentuk ikatan kovalen.
  4. Atom hidrogen juga boleh bergabung dengan atom bukan logam untuk membentuk molekul kovalen. Misalnya hidrogen klorida (HCl), air (H2O) dan ammonia (NH3).

Contoh-contoh Sebatian Kovalen

Sebatian KovalenFormulaSebatian KovalenFormula
KlorinCl2ForforusP4
HidrogenH2Sulfur dioksidaSO2
OksigenO2Karbon dioksidaCO2
NitrogenN2Tetrakloro-metanaCCl4

Contoh-contoh Pembentukan Sebatian Kovalen

Pembentukan Molekul Florin

  1. Susnan elektron bagi florin ialah 2.7.
  2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, 2 atom florin berkongsi 1 pasang elektron antara satu sama lain.
  3. Akibatnya, kedua-dua atom itu terikat bersama oleh ikatan kovalen.

Pembentukan Molekul Oksigen

  1. Susunan elektron bagi klorin ialah 2.6.
  2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, 2 atom oksigen berkongsi 2 pasang elektron antara satu sama lain.
  3. Akibatnya, kedua-dua atom itu terikat bersama oleh ikatan kovalen.

    Pembentukan Molekul Karbon Dioksida

    1. Susnan elektron bagi oksigen ialah ialah 2.6 dan susunan elektron bagi hidrogen ialah satu.
    2. Untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil, atom oksigen berkongsi 2 pasang elektron dengan 2 atom hidrogen.
    3. Bagi atom hidrogen, untuk mencapai susunan elektron duplet, kedua-dua atom masing-masing berkongsi 1 pasang elektron dengan atom oksigen.
    4. Akibatnya, 2 ikatan kovalen terbentuk di antara atom-atom oksigen dan hidrogen.

    Leave a Comment