Penyedia Alkohol

Alkohol boleh disediakan dengan menggunakan 2 kaedah
  1. Penghidratan alkena
  2. Penapaian

Penghidratan Alkena

  1. Semasa kita membincang sifat-sifat kimia alkena, kita telah mengetahui bahawa, apabila alkena menjalani tindak balas peambahan dengan stim, alkohol akan dihasilkan. (lihat penghidratan alkena).
  2. Persamaan di bawah menunjukkan penghidratan etena dan propena untuk menghasilkan etanol dan propanol masing-masing.

Penghidratan Etena

    C2H4 + H2O → C2H5OH

    Penghidratan Propena

    C2H4 + H2O → C2H5OH

    Penapaian

    1. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk menyedia etanol.
    2. Penapaian adalah proses kimia di mana mikroorganisma seperti yis bertindak ke atas karbohidrat untuk menghasilkan etanol dan karbon dioksida.
    3. Apabila is ditambah kepada gula (contoh: glukosa), penapaian berlaku. Semasa penapaian, yis menghasilkan sejenis enzim yang bernama zimase. Enzim zimase boleh memecahkan molekul glukosa ke molekul yang lebih ringkas, iaitu etanol dan karbon dioksida.
      \[{C_6}{H_{12}}{O_6}\xrightarrow{{yeast}}2{C_2}{H_5}OH + 2C{O_2}\]
    4. Yis dibunuh oleh etanol apabila kepekatannya m melebihi 15%, dan menghadkan ketulenan etanol yang boleh dihasilkan.

    Leave a Comment