Sifat-sifat Fizik Alkohol

Takat Didih


  1. Takat didih alkohol adalah lebih tinggi daripada alkana yang menpunyai bilangan atom karbon yang sama.
  2. Ini kerana, kehadiran kumpulan hidroksil dalam molekul memberikan daya tambahan di antara molekul, maka lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya intermolekul apabila mendidih.
  3. Takat didih alkohol meningkat apabila bilangan atom karbon bertambah. Ini dapat dijelaskan seperti berikut:
    1. Bilangan peningkatan karbon mengakibatkan saiz molekul meningkat.
    2. Peningkatan daya intermolecular.
    3. Lebih banyak tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya intermolekul ini.

Ketelarutan Alkohol Di Dalam Air

  1. Alkohol bermokul kecil larut sepenuhnya di dalam air.
  2. Bagaimanapun, keterlarutan alkohol menurun apabila panajng rantaian hidrokarbon utamanya bertambah.
  3. Penjelasan:
    Setiap alkohol terdiri daripada dua bahagian, rantaian hidrokarbon yang tidak larut dalam air, dan kumpulan berfungsi hidroksil, yang larut dalam air.
  4. Bagi alkohol berantai pendek, kumpulan hidroksil memainkan peranan penting dalam membentuk daya (ikatan hidrogen) di antara air dan molekul alkohol, oleh itu ia larut dalam air.
  5. Bagi alkohol berantai panjang, kumpulan hidroksil hanya sebahagian kecil daripada molekul. Oleh itu, rantaian hidrokarbon panjang yang tidak larut menyumbang lebih kepada daya di antara molekul air dan alkohol, menyebabkan keterlarutan alkohol berkurang.

Leave a Comment