Penyediaan Asid Karboksilik

Menghasilkan Asid Karboksilik Dengan Pengoksidaan Alkohol

  1. Alkohol boleh dioksidakan untuk membentuk asid karboksilik dengan menggunakan larutan kalium dikromat(VI) dan kehadiran asid sulfurik cair.
  2. Persamaan Kimia di bawah mewakili tindak balas ini.
     C2H5OH+2[O] → CH3COOH + H2O
  3. Rajah di bawah menunjukkan radas yang digunaka untuk menyediakan asid etanoik. 
  4. Campuran dipanaskan di bawah refluks untuk mencegah etanol mengewap dan terlepas ke sekelilingnya sebelum ia mempunyai masa yan emncukupi untuk dioksidakan kepada asid karboksilik.
  5. Wap etanol akan dikondensasi menjadi cecair dalam kondenser Liebig, seterusnya mengalir kembali ke dalam balang untuk menyelesaikan tindak balas.
  6. Campuran ini dipanaskan dengan menggunakan kukus air:
    1. untuk memastikan suhu adalah tetap
    2. untuk memastikan pemanasan seragam (haba dibekalkan dengan sama rata)

Leave a Comment