Sifat-sifat Fizik Asid Karboksilik

Takat Didih

  1. Semakin banyak bilangan karbon di dalam molekul, semakin tinggi takat didih asid karboksilik.
  2. Takat didih asid karboksilik lebih tinggi daripada alkohol yang mempunyai bilangan karbon yang sama.

Kelarutan Dalam Air

  1. Asid karboksilik bermolekul kecil seperti asid metanoik dan asid etanoik boleh larut dalam air.
  2. Keterlarutan asid karboksilik menurum apabila saiz molekul meningkat. Ini adalah kerana rantai hidrokarbon yang lebih panjang menghalang di antara molekul air dan memecahkan ikatan hidrogen.

Leave a Comment