Susunan Elektron Dalam Atom

Susunan Elektron di Dalam Atom

  1. Dalam model atomnya, Neils Bohr mencadangkan bahawa elektron mesti berada di dalam orbit yang mempunyai tenaga tertentu yang dinamakan sebagai petala.
  2. Setiap petala boleh diisi oleh bilangan elektron yang terhad.
  3. Misalnya, petala pertama maksimumya boleh diisi oleh 2 elektron, petala kedua boleh diisi oleh 8 elektron dan petala ketiga boleh diisi oleh 18 elektron.
  4. Bagaimanapun, petala ketiga mencapai kestabilan maksimum apabila is diisi oleh 8 elektron. Oleh itu elektron ke-9 dan ke-10 akan diisi ke dalam petala keempat, dan bukan di dalam petala ketiga (Sila rujuk kepada susunan elektron argon, kalium dan kalsium dalam jadual di bawah..
  5. Susunan elektron bagi sesuatu atom ialah suatu susunan elektron yang menunjukkan bagaimana elektron-elektron dalam satu atom unsur ditempatkan dalam petala-petala yang mengelilingi nukleus.
  6. Contoh-contoh di bawah menunjukkan bagaimana elektron-elektron disusun bagi unsur-nunsur tertentu. 
  7. Susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala dapat ditulis dengan mengikut langkah-langkah berikut:
    Langkah 1: Petala-petala elektron yang mengeliling nukleus dilabelkan dengan 1,2,3,4 atau K,L,M,N … mulai daripada petala yang terdekat degnan nukleus.
    Langkah 2: Isikan petala yang terdekat
    Langkah 3: Elektron diisi mengikut hadnya.
    Petala 1 : 2 elektron
    Petala 2 : 8 elektron
    Petala 3 : 8 elektron
    Petala 4 : …..

Atom
Nota
Susunan Elektron
  1. Litium mempunyai 3 proton, 3 neutron dan 3 elektron.
  2. Ketiga-tiga elektron disusun mengikut cara berikut:
  • 2 elektron diisi dalam petala pertama.
  • 1 elektron diisi dalam petala kedua.
  • Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.1
    2.1 
    1. Klorin mempunyai 17 proton, 18 neutron dan 17 elektron.
    2. Elektron-elektronnya disusun mengikut cara berikut:
    • 2 elektron diisi dalam petala pertama.
    • 8 elektron diisi dalam petala kedua.
    • 7 elektron diisi dalam petala ketiga
    • Oleh itu, susunan elektronnya ialah 2.8.7
    2.8.7
    1. Kalsium mempunyai 20 proton, 20 neutron dan 20 elektron.
    2. Elektron-elektronnya disusun mengikut cara berikut:
    • 2 elektron diisi dalam petala pertama.
    • 8 elektron diisi dalam petala kedua.
    • 8 elektron diisi dalam petala ketiga
    • 2 elektron diisi dalam petala keempat

      2.8.8.2

      Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron bagi 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala.

      UnsurNombor ProtonBilangan elektron
      Bilangan elektron di dalam
      Susunan Elektron
      petala pertamapetala keduapetala ketigapetala keempat
      Hidrogen
      1
      1
      1
      0
      0
      0
      1
      Helium
      2
      2
      2
      0
      0
      0
      2
      Litium
      3
      3
      2
      1
      0
      0
      2.1
      Berillium
      4
      4
      2
      2
      0
      0
      2.2
      Boron
      5
      5
      2
      3
      0
      0
      2.3
      Karbon
      6
      6
      2
      4
      0
      0
      2.4
      Nitrogen
      7
      7
      2
      5
      0
      0
      2.5
      Oksigen
      8
      8
      2
      6
      0
      0
      2.6
      Fluorin
      9
      9
      2
      7
      0
      0
      2.7
      Neon
      10
      10
      2
      8
      0
      0
      2.8
      Natrium
      11
      11
      2
      8
      1
      0
      2.8.1
      Magnesium
      12
      12
      2
      8
      2
      0
      2.8.2
      Aluminium
      13
      13
      2
      8
      3
      0
      2.8.3
      Silikon
      14
      14
      2
      8
      4
      0
      2.8.4
      Fosforus
      15
      15
      2
      8
      5
      0
      2.8.5
      Sulfur
      16
      16
      2
      8
      6
      0
      2.8.6
      Klorin
      17
      17
      2
      8
      7
      0
      2.8.7
      Argon
      18
      18
      2
      8
      8
      0
      2.8.8
      Kalium
      19
      19
      2
      8
      8
      1
      2.8.8.1
      Kalsium
      20
      20
      2
      8
      8
      2
      2.8.8.2

      Elektron Valens

      Elektron yang terletak di petala terluar dinamakan elektron valens.
      1. Elektron yang terletak di petala terluar dinamakan lektron valens.
      2. Bilangan elektron menentukan sifat kimia satu unsur.
      3. Unsur yang mempunyai bilangan elektron valens yang sama menunjukkan sifat kemia yang sama.

      Contoh:
      Berapakah bilangan elektron valens bagi natrium, 11Na; oksigen, 8O; Karbon, 12C dan Kalsium, 20Ca.

      Jawapan:

      Atom
      Konfigurasi elektron
      Elektron valens
      11Na
      2.8.11
      8O
      2.66
       12C
      2.8.22
      20Ca
      2.8.8.22

      Leave a Comment