Pengoksidaanboleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen
kehilangan elektron
penambahan nombor pengoksidaan unsur
Penurunanboleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen
penerimaan elektron
pengurangan nombor pengoksidaan unsur
Tindak balas redoksialah tindak balas di mana pengoksidaan dan penurunanberlaku secara serentak.
Agen pengoksidaan adalah bahan kimia yang menyebabkan pengoksidaan bahan lain berlaku. Agen pengoksidaan ialah satu penerima elektron dan sendirinya diturunkan.
Agen penurunan adalah bahan kimia yang menyebabkan penurunan bahan lain berlaku. Agen penurunan ialah satu penderma elektron dan sendirinya dioksidakan.