Soalan 1:
Mengapakah unsur natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon (Si), fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar) berada dalam kala yang sama?
Jawapan:
Unsur-unsur ini mempunyai tiga petala elektron. Natrium, Na [2.8.1], magnesium, Mg [2.8.2], aluminium, Al [2.8.3], silikon, Si [2.8.4], fosforus, P [2.8.5], sulfur, S [2.8.6], klorin, Cl [2.8.7], dan argon, Ar [2.8.8].

Soalan 2:
Silikon wujud sebagai pepejal pada suhu bilik manakala unsur bukan logam seperti klorin wujud sebagai gas. Jelaskan pemerhatian ini.
Jawapan:
Silikon mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. Klorin mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.
(Jawapan murid yang sesuai)

Soalan 3:
Rajah 4.15 menunjukkan beberapa unsur dalam Jadual Berkala Unsur.

(a) Jika dibandingkan antara aluminium dan klorin, unsur manakah mempunyai saiz yang lebih kecil? Jelaskan jawapan anda.
(b) Unsur manakah yang akan membentuk oksida amfoterik?
(c) Susun semua unsur mengikut pertambahan saiz atom.
Jawapan:
(a) Unsur klorin, Cl mempunyai saiz atom yang lebih kecil daripada aluminium. Hal ini kerana apabila merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan, bilangan petala adalah sama tetapi bilangan proton di dalam atom meningkat. Ini menjadikan daya tarikan nukleus terhadap elektron bertambah dan menyebabkan jejari atom berkurang. Maka saiz atom akan berkurang.
(b) Aluminium, Al
(c) Ne, C, Cl, Al, Na