Menentukan Formula Sebatian Ion August 16, 2024April 5, 2015 by Whatsapp Cikgu Kwee sekarang! Meramalkan Formula Sebatian Ion Kita boleh meramalkan cas bagi sesuatu ion dengan merujuk kepada kumpulannya. Jadual di bawah menunjukkan cas ion terbentuk dengan kumpulannya. Kumpulan Cas Ion 1 +1 2 +2 13 +3 15 -3 16 -2 17 -1 Seterusnya, daripada cas ion, kita boleh meramalkan formula sebatian ionik dengan mengimbangi cas positif dan negatif. Jadual di bawah menunjukkan formula sebatian yang terbentuk daripada kumpulan-kumpulan yang berlainan. Unsur-unsur Formula Sebatian Ion Contoh Atom Logam, M Atom Bukan Logam, N Kumpulan 1 Kumpulan 15 M3N Na3N Kumpulan 1 Kumpulan 16 M2N K2O Kumpulan 1 Kumpulan 17 MN LiCl Kumpulan 2 Kumpulan 15 M3N2 Ca3N2 Kumpulan 2 Kumpulan 16 MN MgO Kumpulan 2 Kumpulan 17 MN2 BaBr2 Kumpulan 13 Kumpulan 15 MN AlN Kumpulan 13 Kumpulan 16 M2N3 Al2O3 Kumpulan 13 Kumpulan 17 MN3 AlI3 Whatsapp Cikgu Kwee sekarang!