Meramalkan Formula Molekul Kovalen

Meramalkan Formula Molekul Sebatian Kovalen

  1. Sama seperti sebatian ion, formula molekul sebatian kovalen dapat diramalkan dengan merujuk kepada kumpulannya dalam Jadual Berkala.
  2. Kita dapat meramalkan formula sebatian kovalen dengan merujuk kepada valensi atom-atom dalam molekul.
  3. Valensi suatu atom adalah sama dengan bilangan elektron yang diterima atau dilepaskan untuk mencapai susuan elektron oktet.
  4. Contohnya, susunan elektron bagi oksigen ialah 2.6. Untuk mencapai susunan elektron oktet, atom oksigen perlu menerima 2 elektron daripada atom lain. Maka valensi oksigen ialah 2.
  5. Jadual di bawah menunjukkan valensi bagi atom-atom daripada kumpulan yang berlainan serta formula sebatian yang terbentuk.
Unsur-unsur yang BergabungFormula Sebatian Kovalen
Unsur X daripadaValensiUnsur Y daripadaValensi
Kumpulan 15
3
Kumpulan 15
3
 XY
Kumpulan 15
3
Kumpulan 16
2
 X2Y3
Kumpulan 15
3
Kumpulan 17
1
 XY3
Kumpulan 16
2
Kumpulan 16
2
 XY
Kumpulan 16
2
Kumpulan 17
1
 XY2
Kumpulan 17
1
Kumpulan 17
1
 XY

Leave a Comment