Tindak Balas Redoks

Tindak Balas Redoks

  1. Pengoksidaan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
    1. penambahan oksigen atau kehilangan hidrogen
    2. kehilangan elektron
    3. penambahan nombor pengoksidaan unsur
  2. Penurunan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas yang melibatkan
    1. kehilangan oksigen atau penambahan hidrogen
    2. penerimaan elektron
    3. pengurangan nombor pengoksidaan unsur
  3. Tindak balas redoks ialah tindak balas di mana pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak.
  4. Agen pengoksidaan adalah bahan kimia yang menyebabkan pengoksidaan bahan lain berlaku. Agen pengoksidaan ialah satu penerima elektron dan sendirinya diturunkan.
  5. Agen penurunan adalah bahan kimia yang menyebabkan penurunan bahan lain berlaku. Agen penurunan ialah satu penderma elektron dan sendirinya dioksidakan.

Leave a Comment